Tuesday, 10 July 2012

Sekitar Pelancaran Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah dlancarkan dengan jayanya bagi peringkat Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin pada jam 8.00 pagi tadi. Bagi tujuan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR), tempoh masa minima yang ditetapkan adalah 30 minit. Berikut adalah gambar sekitar program tersebut.





 

Monday, 9 July 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID, 1 SUKAN, 1 Malaysia

This Program will be held simultaneously with 4 million students on the 10th of July 2012 and this program will be in the Malaysia Book of Records.
YAB Tan Sri Dato Haji MUHYIDDIN Mohd Yassin, will be leading the aerobics at kompleks sekolah wawasan, usj 15 subang jaya from 7:45 am.
For more information, log on to http://moe.gov.my/bsukan

Tuesday, 15 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

Perutusan Hari Guru YAB Dato Seri Najib B. Tun Razak


BismilLahirRahamanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,
  1. Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang  sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.
  2. Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang  ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.
  3. Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik  di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi,  sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru.
  4. Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya  mengoptimumkan potensi modal insan negara.
  5. Setiap kejayaan nasional dari transformasi negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, tercatat di celah-celah lipatan kudratnya para guru. Begitu juga lompatan transformasi  berikutnya ke arah negara maju berpendapatan tinggi  memerlukan sentuhan  para guru sesuai dengan tema sambutan tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.
  6. Lantaran itu, menyedari  bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru, maka kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik skim perkhidmatan Guru Malaysia. Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju bahawa:
  7. Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam Perkhidmatan Perguruan dan dalam memartabatkan profesyen keguruan
    di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya time-based perlu diberi nafas baru.
  8. Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
  9. Oleh yang demikian, Kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut  empat lapisan jawatan Pertamanya: Guru Biasa, keduanya: Guru Kanan, ketiganya: Guru Wibawa dan keempat: Pendeta Guru. Jelasnya,  pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
  10. Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
  11. Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.  Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, Kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100% dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
  12. Selanjutnya, sebagai membuktikan lagi kesungguhan Kerajaan dalam memartabatkan profesyen keguruan, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Manakala, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan  melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya,  semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.
  13. Khabar gembiranya Insyaallah, tarikh kuat kuasa pelaksanaan semua perubahan yang dinyatakan tadi akan bermula pada 1 hb Januari 2012.
  14. Para guru yang dimuliakan sekalian,
  15. Begitulah, betapa pihak kerajaan amat memandang tinggi profesyen keguruan di negara ini. Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang Pemimpin, Pentadbir, Doktor, Peguam, Akauntan, Jurutera, Ahli Sukan atau apa jua pun kerjayanya,  telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru.
  16. Pujangga bermadah:
    Guru umpama kandil yang terang menyala,
    Suluh cahayanya penerang jalan,
    Sepatah kata dijadikan pelajaran,
    Segumpal pesan dijadikan pedoman,
    Ilmu dicurah mengorak alam terkembang.
  17. Akhir kata, mudah-mudahan para guru sekalian terus ikhlas dan bersemangat menabur jasa serta khidmat bakti kepada anak-anak watan demi sebuah Malaysia.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
        




     










Friday, 9 September 2011

Selamat Berjuang Wira-Wira SK Kem Syed Sirajuddin

Terlebih dahulu admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Untuk  murid-murid caalon UPSR  dan UPKK 2011, Selamat Menghadapi Peperiksaan, semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.




Amatlah besar harapan kami sekalian para guru agar anda semua mencapai keputusan yang terbaik nanti.






Pelajar menerima tugasan semasa cuti raya yang lepas. Dengan harapan mereka terus fokus terhapdap pembelajaran mereka.



Guru Penolong Kanan Kurikulum, Pn Noresah Bt Hj Maarof sedang menyampaikan tugasan cuti kepada salah seorang calon UPSR.

Wednesday, 13 July 2011

Anggur Oh anggur...

Sejarah anggur tak luput dari perhatian manusia. Tercatat dalam sejarah bahwa sejak 5000 tahun sebelum masehi, manusia telah memanfaatkan buah ini.
Di Mesir kuno, pengolahan anggur sudah dikenal sejak tahun 2500 SM. Buah yang tak kenal musim ini diduga berasal dari sekitar Armenia. Mereka memanfaatkan anggur sebagai buah minuman. Kata Anggur sendiri sebenarnya merupakan serapan dari kata angur, bahasa India atau Persia.

Anggur Dalam Bingkai Pengobatan Islam

Dialah (Allah) yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu sekalian, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu sekalian menggembalakan binatang ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu sekalian dengan air hujan itu tanam-tanaman: zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. (An-Nahl [16]: 10-11)
Buah anggur juga disinggung oleh Ibnul Qayyim Al-juziyyah dalam Ath—Thibbun Nabawi. Dalam bukunya tersebui Ibnul Qayyim menerangkan manfaat buah anggur secara ringkas, “Anggur merupakan buah yang paling baik dan paling banyak manfaatnya. Dapat dimakan dalam keadaan basah dan kering, masih hijau ataupun masak. Anggur adalah buah bagi buah- buahan yang lain, makanan pokok di antara makanan pokok yang lain, sebagai obat bila disandingkan dengan obat-obatan, dan minuman apabila digabungkan dangan aneka minuman lainnya.”
Disebutkan oleh Dawud Al-Anthoki, bahwa di antara khasiat buah anggur itu adalah membantu tubuh dalam mengikat unsur-unsur minyak dan lemak, sehingga meningkatkan kekuatan tubuh dalam mengantisipasi melemahnya stamina tubuh dan menambah ketahanan tubuh terhadap berbagai macam penyakit.
Kandungan Gizi Anggur Menurut The George Mateyan Foundation, anggur dikenal sebagai buah- buahan yang mempunyai nilai gizi yang sangat luar biasa, terutama kandungan vitaminnya seperti vitamin C, vitamin B1, vitamin B6, dan mineralnya seperti mangan dan kalium.
Mangan sangat diperlukan tubuh dalam matabolisme lemak, pambantukan jaringan ikat dan tulang, serta sintesis energi, sehingga membantu menjaga kestabilan gula di dalam darah. Kandungan vitamin C pada anggur juga cukup tinggi, 10.8 mg per 100 g buah. Vitamin C dikenal sebagai senyawa utama tubuh yang dibutuhkan dalam berbagai proses penting, mulai dari pembuatan Kolagen (protein barserat yang membantuk jaring ikat pada tulang), pengangkutan lemak, pengangkut elektron dari berbagai reaksi enzimatik, pemacu gusi sehat, pengatur tingkat kolestarol, serta pemicu imunitas, selain untuk penyambuhan luka dan meningkatkan fungsi otak agar dapat bekarja maksimal. Kebutuhan akan vitamin C pada perempuan dan pria dewasa masing-masing adalah 75 dan 90 mg per hari. Vitamin B6 dalam anggur sangat penting untuk otak agar dapat berfungsi normal, membantu membantuk protein, hormon, dan sel darah merah. Sedangkan Kalium berfungsi mengendalikan tekanan darah, terapi darah  tinggi, membersihkan Karbondioksida di dalam darah dan memperlancar pengiriman oksigen ke otak dan membantu memperlancar keseimbangan cairan tubuh, sehingga tubuh menjadi segar.

Saturday, 2 July 2011

Program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Program  Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah berjaya dirasmikan oleh Yang Berbahagia  Lt Kol. Noorlizam B Samsudin; YDP PIBG SK Kem Syed Sirajuddin pagi ini. Larian tersebut melibatkan semua guru, murid-murid dan ibu bapa. Pelbagai aktiviti telah diadakan antara Perlawanan Futsal , Bola Tampar dan Bola Jaring. Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan adanya live band dari Unit 14 Rejimen Askar Melayu Di-Raja. Terima kasih kepada YBhg Tuan YDP PIBG. 






Friday, 17 June 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat

Satu Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat telah diadakan di Kem 14 Rejimen Askar Melayu Di-Raja 14 RAMD semalam. Majlis tersebut diadakan bagi memohon keberkatan untuk anak-anak murid yang akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun 2011. Terima kasih diucapkan kepada Ybhg Tn Yang Di-Pertua PIBG; Lt. Kol Norlizam B Samsudin atas kesudian mengelolakan majlis tersebut di surau 14 RAMD. Semoga kejayaan mengiringi calon-calon kita.